Monday, July 21, 2008

Mimpi

Hari tu aku mimpi gigi aku patah..gigi atas..masa mimpi tu aku rasa lawak sgt sbb aku tgk cermin aku dah takde gigi atas depan lak tu..tapi bile aku sedar dari mimpi..baru aku teringat mimpi gigi patah bawa maksud yg tak baik..mula la aku risau..aku takut sgt skang ni..mengikut apa yang aku dapat masa surf kat internet..mimpi gigi atas patah bawa maksud akan berdukacita kerana org tua akan ditimpa kemalangan..ade jugak yg kata ahli keluarga terdekat akan meninggal..takutnya aku..bile aku ckp kat hubby dia kata sabar la..jgn fikir2 sgt..aku takut..minggu dpn mak dgn ayah nak g umrah..makin aku risau..aku tau mati itu pasti..tapi adakah aku bersedia utk hilang org yang aku syg..Ya Allah..pjgkanlah umur kedua ibu bapa ku..suami ku anak ku..adik beradik ku dan kaum keluarga ku..Amin..

6 comments:

::epiloptimis:: said...

jangan pikir2 sgt..doakan yang terbaik untuk mak&ayah ko..moga ibadahnya di tanah suci berjalan lancar..doakan diaorg panjang umur agar boleh buat lebih lagi amal ibadah..

Anonymous said...

Leq, masa kat umah Wa hari tu aku pun mimpi gigi atas aku patah. patah separuh. huhuhu

Hilmi & Faeizah said...

Aku pun takut kehilangan mak ayah....entah2 kita yang kembali dulu sebelum mereka..bersedia atau tidak kita kena hadapinya kan...apa yang boleh kita buat sebagai seorg anak yang solehah ialah mendoakan n meminta Allah ampunkan dosa mak ayah kita dan kita ucapkan kata2 sayang pada mereka seolah2 kita yang akan pergi dahulu sebelum mereka..hai sedey pulak hati ni teringat mak ayah...moga Allah ampunkan semua dosa2 mak ayah kita dan seluruh umat islam..dan memberi rahmatnya kita semua..amin...

Mrs Azliza said...

Tima kasih kawan-kawan..aku akan berdoa byk2..

::epiloptimis:: said...

aku ni mmg hari2 pikir mati..
since last year aku tetiba dikejutkan dengan satu kuasa..mungkin Allah nak sedarkan aku jgn terlalu leka dengan dunia..lama juga aku nak recover dr perasaan tu..mcm2 aku pikir..kdg2 aku rasa mcm aku ni dah nak mati ke..aku xnak g keje..rasa nak buat ibadat je..lama2 pikir, mana boleh camni..terlalu obses sgt..husband aku kata, aku patut syukur sebab tak semua org dpt hidayah dr Allah..ada gak masa aku nak bertaubat dan buat apa yang ptt kalau ini satu tanda..lama juga aku berubat..alhamdulillah sekarang dah ok..dah rasa kuat sikit.."beribadah lah kamu seolah2 kamu akan mati esok harinya dan bekerja lah kamu seolah2 kamu akan hidup selama2nya" Wallahuallam

Mrs Azliza said...

is aku tau tu dulu ko penah cite kat aku kan..anyway tahks..

 

A new day has come | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates