Friday, October 31, 2008

Bersyukur..

"Hidup di dalam dunia ini untuk bersyukur..
syukur kepada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan hati kamu,
bersyukur kepada orang yang menipu kamu kerana dialah orang yang meningkatkan pengetahuan kamu,
bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kamu kerana dialah orang yang mengajarmu berdikari,
bersyukurlah kepada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah orang yang memperhebat abiliti kamu,
bersyukur kepada orang yang menyiksa kamu kerana dialah orang yang menguji kesabaran kamu,
bersyukur dari segala ujian dariNYA kerana semuanya meningkatkan iman kamu"

Thursday, October 30, 2008

Rumah

Tadi baru je confirm rumah sewa yg aku akan duduk di shah alam..leh tahan sewanya..RM800 sebulan..mahalnye..maklumla duk segamat sume murah..start sewa 1hb 12..aku sewa dgn lecturer dkt sini gak..umah tu mahal sbb dekat dgn uitm..boleh la nak dekat kenala mahal..last week g tgk umah kat klang..ade kawan husband nak jual umahnya. baru dok 3 thn..rumah kecik jek..RM180k..kalau tgk aku mcm tak berapa suka sbb kecik..pastu g tgk umah cth..tanya kakak jual umah tu ade tak umah dah siap nak terus beli..dia kata ade 1 1/2 tgkt..end lot..kami pun g tgk umah tu..umah agak kecil tapi kawasan end lot macam corner..besar betul..harga pun leh tahan 280k..aku leh pinjam setakat 260k jek..mana nak cari lg 20k..pening pk..pastu g kat bandar klang ade gak org nak jual umah dia besar skett dr umah kwan husband.skali bile tanya 250k dia nak jual..wah skang umah sume mahal..aku ni bkn kaya benar..mana nak cari duit..aku nak umah dekat ngn tpt keje supaya kos lain tak bertambah..tu pasal la mahal..smlm bincang ngan husband amik jela umah 180k tu..sbb kat setia alam umah baru saiz besar camtu dah 230k..wah makin lama makin mahal..nak tak nak aku kena amik umah tu..ni pun ade org lain nak gak umah tu..tak tau la camne..ade rezeki..dptla aku umah tu..aku nak beli umah cepat sbb sewa umah org mahal..kalau beli umah kita..sewa 2 thn dekat 20k bagi kat org..wah lepas ni hidup aku lebih mencabar la..

Friday, October 17, 2008

Ayat-ayat Cinta

Desir pasir di padang tandus
Segar sang pemikiran hati
Terkisah ku di antara
Cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Kupertaruhkan
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus kutinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Last week cite ni ade kat tv3..seblm ni aku ngan hubby mmg nak tgk cite ni tapi tak berkesempatan..Cite ni diadaptasi dari best novel ..kata org baca novel lagi bes dr tgk filem.tapi aku yg tgk filem ni je cukup tersentuh..jalan cite nya cukup menarik..aku tertanya-tanya ade ke org macam watak aishah tu..hubby kata jadila mcm aishah aku kata tak sanggup..(org laki mmg la suka perempuan camtu kan..hehe tp sanggup ke kita sbg seorg perempuan..)..Aku bg sket sinopsis cite ni..Kisah seorg bdk alazhar, Fahri..buat master..thesis dah hampir siap tapi satu lg target blum capai nak kawin..dia seorg lelaki muslim yg berpegang pd hak dan batas2 seorg islam..jiran dia kristian, Maria..admire dgn Fahri ni..diorg mmg close..Maria sejak jumpa Fahri dah suka dgn islam..dalam mas yg sama ade seorg perempuan diseksa oleh ayah tiri dia..Fahri slalu tolong..nora namanya..sampai satu hari dia tolong nora cari mak ayah dia yg sebenar..nora dah jatuh hati dgn fahri..Satu hari fahri jln2..ada org bergaduh dgn prempuan mat saleh..fahri tolong..org tu marah sbb dia kata amerika terrorist..pastu dlm masa yg sama dia jumpa aishah perempuan jerman yg berpurdah..Satu hari tok guru Fahri nak kenalkan dgn sedara dia..Fahri jd takut..kawan dia kata g je la..pastu dia pun g..rupanya si aishah tu..famili aishah bg bukak purdagh sbb nak jd bakal suami..Sekali tgk terus terpikat..then kawin..Aishah anak org kaya..Fahri rasa rendah diri gak..bile diorg dah kawin kecewa la maria dan nora..eh lupa lak ade sorg lg perempuan suka kat dia..nurul..anak ustaz..nurul pun sedih..Maria paling teruk sampai sakit then accident org langgar koma..dia sebut fahri jek..pastu satu hari fahri kena tangkap atas tuduhan merogol nora..nora buat report..fahri kena penjara..aishah sgt sedih suami dia kena penjara..dalam masa yg sama dia sedih jugak rupanya suami dia ramai org suka..pastu..kes fahri jd susah..saksi utama maria..aishah cari maria..tapi maria koma..aishah cuba tape suara fahri..tapi tak jalan fahri kena dtg jumpa maria kat hospital br ada harapan maria sdar..akhirnya atas usaha peguam fahri dapat kuar penjara sekejap utk jumpa maria..masa kat hospital..fahri ckp kat maria suh bgn..tapi still x bgn..aishah suh fahri ckp dia cintakan maria..fahri taknak..dia cuma sygkan aishah dia taknak..aishah merayu tolonglah demi anak yg memerlukan ayah tolong kawin dgn maria..(aishah mengandung masa tu) maria perlu hidup utk jd saksi..sedih sgt part ni..aishah bg cincin dia utk jadikan cincin kawin maria dan suami dia..dia nikah kat hospital bila fahri kucup dahi maria..perlahan2 dia sedar..akhirnya dia dapat g mahkamah dah fahri dibebaskan..nora cuba fitnah fahri sbb cinta dia tak berbalas..Bile dah hidup bermadu adalah jeles satu sama lain..sbb diorg duk satu umah..pastu aishah pun nak pindah saja ubah angin..fahri kata jgn dia syg kan dua dua..walaupun dia ade kekurangan tp dia cuba perbaiki cuba jd adil..akhirnya diorg baik 2 2..bahagia..smpi satu hari maria sakit n nazak dia mintak fahri ajar solat..dia solat bersama dgn aishah sekali then mati..tinggalla fahri ngan aishah..Bile dah tgk cite ni ..dgr je lagu ayat-ayat cinta -rossa mmg tersentuh..rasa mcm nak nangis..kalu korang lum tgk..try la cari masa utk tgk cite ni..mmg bes..

Friday, October 10, 2008

Pindah..

Hampir setiap semester aku memohon utk pindah kampus..masuk semester ni dah 3 kali..baru ni meeting pindah dah berjalan..keputusannya alhamdulillah..ada seseorg kwn ucap tahniah kat aku tak pasal2..bile aku tanya nape..pasal pindah dia kata ye..tapi dia tak berani kata apa sbb surat lum dpt..esoknye jumpa bos..dia kata TPHEA bgtau mmg aku dpt pindah..TPHEA adalah org yg g meeting pindah tu..takut nak bgtau hubby sbb takut dia happy n mengharap tapi surat lum dapat..kat uitm ni selagi lum ada hitam putih macam2 leh jadi..akhirnya last tuesday..aku dapat email senarai nama pensyarah yg dapat pindah kampus..nama aku no1..alhamdulillah berjaya pindah ke main kampus..aku terus forward email tu kat hubby..dia baca sampai nak nangis..tersgt happy..setelah hampir 3 thn kami kawin baru dapat hidup bersama..hari tu jugak hubby terus cari umah..skang dlm proses mencari umah..wah..duk di bandar..belanja nya byk..umah sewa paling murah RM800..masyaAllah..tu semua aku kena lalu..yg penting aku harap dapat berbahagia disamping suami dan anak tercinta..

Wednesday, October 08, 2008

Seminggu Berlalu..

Dah seminggu pun raya berlalu..aku pun dah naik keje..raya thn ni aku kurang sihat..tak brp seronok.isnin patut keje..aku mc..jarang sekali aku mc..selasa and hari ni tetap keje..walaupun rasa pening2..batuk..smlm mengajar terbatuk2..tapi kena gak ajar sebb nanti silibus tak abis..budak2 dah dah final exam dah lg 2 minggu..
Cite hari raya..raya ni aku beraya sakan ngan hubby n anak aku zaim..kami thn ni beraya di kedah..mak ngan ayah pun sama beraya di kedah..sebelum bertolak aku singgah umah mak mertua..sunyi sepi rumah tu..ada anak buah ramai dah balik tapi takde..rupanya g umah kakak ipar buat kuih..tinggalla mak mertua aku sorang kat dapur nak masak rendang..sian dia nangis sorang2..takde org kat umah..ni first time raya abah takde..abah meninggal thn lps dekat mekah masa diorang g haji..mak mertua aku mmg nampak letih betul pose ni..rupanya dia terlalu sedih suaminya dah takde..terlalu mengharap abah muncul dlm mimpi..tapi takde..sian betul aku tgk mak mertua aku..masa aku nak bertolak mak nangis lagi peluk anak dia (hubby aku la)..aku pun tak tahan sedih jugak..tapi nak buat camne dah turn kami beraya di kedah..sepanjang perjlanan mmg mengantuk cuaca takla panas..keta pun tak byk..tapi ngantuk..kami siap benti rehat tido jap kat rnr..lepas tu baru teruskan perjlanan..
Kami kuar kat highway bukit merah..saja nak ikut jlan biasa..dpt tgk kampung then save skett duit tol..singgah kat pasar ramadan parit buntar..teruja betul...org utara kan kaya dgn pelbagai jenis makanan..beli rojak parit buntar ngan murtabak..dgn air ambra..harga pun takla mahal sgt..pastu terus balik bandar baharu..
Sampai rumah dah dekat nak waktu buka. jumpa tok..lama tak jumpa tok hampir sethn lebih..dia makin uzur..tapi boleh jalan lagi walapun dah bongkok sgt...dia demam masa pose ni n tak lalu mkn..kurus sgt tgk dia..dah 80 lebih umur dia.. zaim dapat tgk moyang dia lagi..panggil tok nek..zaim takut nak g dekat..maklumla tak biasa tgk..
Esok raya..aku tak dpt solat raya sbb jaga zaim..siapkan zaim duk kat umah je..tghari ade la sedara mara dtg pastu ptg kitorg g beraya umah sedara pastu g umah kawan hubby kat simpang lima..umah dia masya allah merentas sawah..takut betul..tapi cantik sgt..slps raya kat situ g selingsing lak umah kwn hubby satu ofis..raya sampai mlm..aku mlm tu dah pening2..tak tau nape..rasa mcm pregnant kot..sbb tak period dah sebulan lebih..ckp kat hubby punya la dia suka..
Esok pagi nak bersiap g penang..tgk period lak..belum ade rezeki lagi..g beraya lak umah cida n kawan hubby ..kat umah cida..tak dpt cite pjg..zaim buat perangai..mcm2 bdk kecik ni..singgah padang kota makan pasembor..hubby kata tak bes langsung..mkn kueh teow udang RM8 sepinggang..tak sedap pun udang besar dia letak 3 ekor..serius tak sedap..nyesal rasa makan kat situ..dah la mahal..pastu terus balik sbb kwn yg lain takde umah..on the way balik singgah juru..hubby tertinggal jam dlm toilet..apa lagi hilangla..dah la jam kawin..terkilan sgt dia sbb kecuaian dia sendiri...takpela nak buat camne..nanti ayg beli baru..tapi abang tak nak..spjg jln balik muka sedih jek..
mlm g beraya umah member hubby kat tg piandang..balik tido awal esok pagi dah nak balik negori..pagi tu bersiap aku bertolak balik dulu..mak ayah balik ptg lepas jumaat..kami singgah beraya kat batu kurau..pastu terus bertolak balik..ingat nak singgah ipoh ..jumpa zana tapi dia takder umah..spjg jln again..ngantuk lg...hubby tido jap kat tapah..pastu baru smbg perjalanan..
sampai pondoi lebih kurang kul 7 ptg..ramai lak sedara mara dtg beraya kat sini..punya la penat..
esoknya beraya sekitar pondoi umah sedara..ptg g umah faei..dapatla jumpa faei..mlm beraya kat pasir besar..ade family gathering..lepas majlis tu balik gemas..esoknya kat gemas lak buat open house dr siang smpi mlm..mana tak demam dibuatnye aku..tu yg mc hari isnin..
Hari ni pun aku masih pening..aku masih terdaya utk g ofis n kelas..raya tak amik byk gambar la..rasa rugi lak..masa raya malas nak amik..nak melayan si zaim tu jek..hehe.tu je la cite seminggu raya..pada kwn2 yg nak dtg umah jemputla..kuih raya byk lgi..hehe
 

A new day has come | Creative Commons Attribution- Noncommercial License | Dandy Dandilion Designed by Simply Fabulous Blogger Templates